24/7 Online Sales & Support via Chat   l   Hot Deals   l   Search
Forgot Password?
Register

LamanRasmi.com Penyedia FREE Hosting No.1

Anda tiada masa & idea untuk DIY website anda? Jangan Bimbang!!
Kami sedang update tutorial bagaimana membina website di ruangan SUPPORT.
Anda juga boleh mendapatkan servis professional membina website daripada rakan kerjasama kami. Servis yang ditawarkan amatlah BERKUALITI pada harga yang BERPATUTAN.

  • Bina Website dengan Cepat dan Mudah

    Lagi Info
  • Upgrade mengikut keperluan, Murah & Jimat

    Lagi Info
  • Akses Website dan CPanel di mana sahaja

    Lagi Info
  • 70+ Script Sedia Install

    Lagi Info

Soalan Lazim (FAQ’s)

  • Bagaimana untuk saya mendapatkan FREE Hosting?
    Sangat mudah!. Klik link "FREE Plan" atau Register dan isikan butiran yang diperlukan beserta email yang sah. Sila periksa Inbox email anda untuk proses activation.
  • Saya belum ada Nama Domain sendiri, bolehkah saya daftar FREE Hosting?
    Sudah pasti boleh! Setiap akaun akan diberikan subdomain PERCUMA di bawah domain utama kami. Anda boleh gunakan URL tersebut sebagai URL rasmi anda atau anda boleh Add-On / Park Domain berbayar di Cpanel Akaun anda di kemudian hari.
  • Adakah saya bebas memilih apa sahaja nama akaun/subdomain?
    Ya! Akan tetapi dari semasa ke semasa kami akan memeriksa subdomain yang dipilih agar tiada unsur-unsur pornografi, lucah, scam & yang tidak sepatutnya. Ini adalah untuk menjaga kredibiliti kami. Kami akan suspend akaun/subdomain yang tidak sesuai, dan user boleh mendaftar semula menggunakan nama akaun/subdomain yang lain.
  • Saya ada kemusykilan, bagaimana saya boleh mendapatkan jawapan?
    Anda boleh layari page "CONTACTS" untuk bertanya kepada Team Support kami sebarang soalan. Untuk jawapan ringkas & segera, anda juga boleh berkomunikasi dengan Agent Support kami melalui CHAT BOX di website ini. Pihak kami akan cuba memberikan feedback sesegera mungkin.
  • Saya tidak tahu mengenai website, bagaimana LamanRasmi boleh bantu?
    Sila layari page "SERVICES" untuk servis berbayar yang kami & rakan usahasama kami tawarkan. Anda juga boleh mendapatkan servis professional daripada pihak luar. Sila hubungi Team Support kami untuk servis-servis lain.
  • Benarkah LamanRasmi menawarkan 100% Zero Ads Hosting?
    Ya, Benar. Tiada sebarang ads/iklan/script tersembunyi di dalam website anda kerana kami faham ianya sangat menjengkelkan!
  • Dimanakah lokasi Data Center LamanRasmi Hosting?
    Semua Cluster Server kami berada di United Kingdom untuk capaian terpantas dari pengguna global.
  • Adakah Plan FREE Hosting selamanya percuma?
    Sudah pasti! Tidak akan ada caj dikenakan sepanjang hidup anda. Anda cuma akan dicaj jika upgrade ke Plan FLEXI atau Plan-Plan yang lain.
  • Apakah jenis website yang TIDAK DIBENARKAN di LamanRasmi?
    Bagi menjaga kredibiliti dan reputasi network kami, website/script berupa Pornography, Adult Dating, Scam, Video/Sound Streaming, File Sharing, ShortURL, Warez Download, Pay-to-Click, Provokasi dan seangkatan adalah DILARANG. List penuh akan diberikan semasa pendaftaran.
  • Saya telah mendaftar Plan FREE & sangat menyukainya, bagaimana untuk Upgrade?
    Sangat Mudah! Anda boleh upgrade ke Plan FLEXI jika anda memerlukan lebih Ruang atau lebih Bandwidth atau lebih Database atau lebih Domain. Sila hubungi Team Support kami untuk berbuat demikian.
  • Polisi 100% AD-Free? Ini sangat bagus! Jadi Bagaimana LamanRasmi menjana pendapatan?
    Ya, Benar! 100% Ad-Free. Untuk terus bertahan & menawarkan servis percuma, kami bergantung kepada Plan-Plan lain serta tawaran servis daripada Partners & Affiliates kami.
  • Jika akaun/website saya tidak aktif, adakah ianya akan dibuang?
    Selepas pendaftaran, anda disarankan untuk setup website anda dalam tempoh 6 BULAN. Tiada minimum traffic per month dikenakan. Jika anda masih tiada website yang berfungsi dalam tempoh tersebut, kami terpaksa suspend akaun anda untuk memberikan slot ruang kepada pengguna baru.
  • Apakah Terma & Syarat lain untuk menggunakan servis LamanRasmi?
    Terma-terma lain anda boleh dapati di sini dan penggunakan servis kami akan tertakluk secara langsung kepadanya.
  • Apakah waranti dan jaminan yang diberikan untuk website saya?
    Pihak LamanRasmi cuba memberikan servis yang terbaik. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberikan jaminan atau waranti sekiranya berlaku bencana yang diluar kawalan kami seperti kehilangan data, kerosakan alatan, website dihack dan sebagainya.
  • Adakah LamanRasmi menyediakan backup untuk website saya jika ianya hilang?
    Tidak. Kami tidak menyediakan dan tidak mempunyai sebarang salinan website anda. Oleh itu anda dinasihatkan untuk melakukan backup sendiri bila perlu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
  • Website saya terlalu lembap & kadangkala tiada access. Apa perlu saya lakukan?
    Jika website anda terlalu berat, sistem server yang terhad tidak dapat memproses fail dan skrip. Ini akan membawa kepada connection timeout dan website lembap. Kami cadangkan anda untuk dapatkan hosting berbayar dengan spesifikasi yang sesuai.
  • Website saya tiba-tiba suspended, mengapa ya?
    Disebabkan spesifikasi serta sistem server adalah terhad, untuk skrip atau website yang menggunakan resource server seperti RAM dan CPU terlalu tinggi, sistem kami akan automatik suspend website tersebut untuk jangkamasa tertentu sehingga resource kembali normal. Ini bermaksud, skrip/website anda memerlukan spesifikasi hosting yang lebih tinggi daripada yang kami sediakan.